Anugerah 25 tahun Nazi Party Long Service Award

Anugerah 25 Tahun dari emas

Anugerah khidmat 25 tahun adalah anugerah kelas pertama. Ia mempunyai reka bentuk sama seperti anugerah kelas ke-2 tetapi, dicelup emas dan mempunyai enamel putih pada salib empat penjuru dan tengah kalungan daun oak. Inskripsi bahagian belakang adalah emas dengan huruf enamel putih. Reben berukuran 30mm dan berwarna merah dengan jalur kembar warna putih pada setiap bahagian serta satu jalur emas diantaranya. Gred ini dikurniakan selepas mati, mengikut keadaan.[4][5]

Apabila salah satu anugerah ini diberikan kepada seseorang, ia mesti dipakai pada bar pingat poket dada kiri. Penerima wanita memakai anugerah ini sebagai darjah kalung atau medal kerongsang yang digantung dari reben berukuran 15mm. Semua tiga kelas anugerah ini dibenarkan dipakai pada masa yang sama.[6][7]

Schutzstaffel (SS) dan Polis Jerman mempunyai anugerah khidmat yang serupa. Anugerah Khidmat Lama SS diberikan dalam gred empat tahun, lapan tahun, 12 tahun, 25 tahun, dan 40 tahun (tidak pernah diberikan).[8] Anugerah Khidmat Lama Polis diberikan dalam gred lapan tahun, 18 tahun, 25 tahun, dan 40 tahun (tidak pernah diberikan).[9] Anugerah angkatan tentera Jerman, dikenali sebagai Anugerah Khidmat Lama Wehrmacht, telah dikeluarkan untuk empat tahun (kelas keempat), 12 tahun (kelas ketiga), 18 tahun (kelas kedua), 25 tahun (kelas pertama), dan 40 tahun (kelas khas 1939).[10][11]